Monday, February 18, 2008

Banner ini saya dapat daripada kosmo online. Banner ini ringkas sahaja tetapi mempunyai grafik yang menarik . Dari aspek warna yang digunakan dalam banner ini adalah ringkas dimana warna biru dan putih yang banyak digunakan. Warna yang digunakan tidaklah begitu terang tetapi ianya mudah dibaca kerana warna biru dan putih yang digunakan adalah agak kontra. Banner ini juga mempunyai animasi yang juga dapat menarik perhatian pembaca. Banner ini adalah iklan untuk memperomosi buku mengenai ensiklopedia yang mana target audient adalah golongan pelajar. Teks yang digunakan juga ringkas tetapi dapat menyampaikan mesej yang jelas mengenai apa yang iklan itu ingin sampaikan. Mengenai keberkesanan iklan ini untuk mencapai target audient boleh dicapai kerana iklan ini tidak hanya diletakkan pada laman web ini sahaja tapi juga laman web lain seperti utusan online, metro dan mungkin banyak lagi. Sekiranya banyak saluran yang digunakan maka makin ramai pelayar web dapat melihatnya dan secara tak langsung iklan itu dapat mencapai targetnya.

No comments: