Monday, February 18, 2008

Produk gel penggaya rambut Brylcreem merupakan produk yang digunakan saya setiap hari. Produk ini merupakan gel rambut yang dibuat khas untuk lelaki dan berkesan untuk menghilangkan gatal kulit kepala serta mencegah kelemumur. Itu merupakan sedikit penjelasan mengenai produk ini. Bagi saya produk ini bagus dan saya suka menggunakannya. Gel ini dirumus berasaskan air jadi ianya tidak berminyak dan melekit. Sebenarnya saya baru sahaja mengunakan produk ini kerana saja ingin mencuba. Sebelum ini saya menggunakan produk lain tetapi produk yang dulu mungkin kurang memenuhi cita rasa saya sebab itulah saya beralih kepada produk ini. Setiap produk itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Itu semua terpulang kepada individu yang perneh mencubanya. Bagi saya, kelebihan produk ini ialah ianya tidak berminyak dan dapat mengekalkan gaya rambut tahan lebih lama. Mungkin saya akan terus menggunakan produk ini sehinggalah saya menemui produk yang lebih bagus barulah saya tukar.

No comments: