

Banner atau dalam Bahasa Melayunya ialah kain bentang yang menjadi tarikan saya ialah bagi iklan e-media. Iklan e-media ini adalah diletakkan pada laman web Berita Harian online. Akan tetapi iklan ini juga boleh didapati dalam laman web Harian Metro online. Saya tertarik pada iklan tersebut adalah disebabkan kedudukan iklan tersebut yang mana iklan ini terletak pada 2 sudut, iaitu contohnya pada laman web Berita Harian online. Sudut tersebut ialah terletak pada bahagian atas sekali yang mana banner tersebut adalah berukuran 468x60 pixel. Manakala bagi sudut yang lain adalah diletakkan pada bahagian kanan pembaca yang mana kedudukannya adalah pada bahagian bawah tajuk-tajuk artikel sisipan dalam akhbar tersebut. Saiz ukuran bagi banner tersebut adalah kecil sedikit iaitu berukuran 240x30 pixel. Dari segi warna pula, banner ini memiliki warna yang agak menarik perhatian saya iaitu berwarna cerah iaitu jingga dengan hurufnya berwarna putih. Warna tersebut merupakan merupakan warna latarbelakang bagi logo laman web e-media berkenaan. Mesej yang disampaikan adalah “saksikan video terkini e-media” dengan diselang-selikan dengan logo laman web tersebut. Selain itu, dari segi rekabentuk banner ini, ia tidak memasukkan elemen grafik atau animasi yang lain. Tetapi hanya memasukkan elemen teks sahaja untuk menyampaikan mesej yang diiklankan. Dari segi keberkesanannya pula, saya berpendapat bahawa iklan tersebut boleh mencapai target yang disasarkan iaitu kepada pembaca akhbar-akhbar berkenaan berikutan kedudukan iklan tersebut adalah sesuai. Dari segi kelemahan iklan ini pula ialah dari segi rekabentuk iklan berkenaan yang mana sekiranya element grafik atau elemen animasi yang dimasukkan bersama-sama pastinya iklan berkenaan akan menjadi lebih menarik dan mampu mencapai sasaran khalayak yang dikehendaki dengan lebih baik. Alamat laman web bagi iklan berkenaan ialah http://tv.emedia.com.my/.
No comments:
Post a Comment