Sunday, January 20, 2008

Iklan yang saya pilih bagi tugasan kedua ini ialah iklan dari periklanan elektronik iaitu melalui televisyen. Saya memilih iklan produk minuman yang terkenal iaitu Pepsi. Berdasarkan pemerhatian saya, iklan yang dipaparkan tersebut adalah iklan yang berbentuk penceritaan (narrative) iaitu situasi yang mana seseorang individu itu sendiri yang merasai akan pengalaman ataupun kehebatan produk minuman berkenaan. Dalam iklan ini ternyata ianya amat jelas dari segi penyampaian mesejnya kepada khalayak iaitu tentang kehebatan produk berkenaan yang mana apabila seseorang pemuda itu meminum produk berkenaan, maka suasana yang hebat serta diluar jangkaan akan berlaku. Situasi itu hanya berlaku kepada individu yang meminum produk berkenaan sahaja. Situasi yang ditonjolkan pada iklan ini adalah berbentuk khayalan yang mana apabila meminum produk tersebut makan sebiji bola berlambangkan Pepsi akan muncul setiap kali pemuda itu meminum air berkenaan. Ianya adalah sama seperti permainan “PinBall” yang mana bebola itu akan bergerak ke mana-mana sahaja di sekitar bandar tersebut seolah-olah keriangan pasti akan berlaku setiap kali meminum produk tersebut. Oleh yang demikian ia adalah sebagai suatu perlambangan yang mana produk tersebut adalah di luar jangkaan seseorang. Ia juga bersesuaian dengan tema produk Pepsi kali ini iaitu "More Happy" yang mana menggambarkan produk ini dapat memberi pengalaman yang riang dan gembira kepada si peminum produk berkenaan. Pengalaman yang hebat pasti akan berlaku dengan hanya meminum produk berkenaan. Target khalayak bagi produk ini adalah kepada golongan remaja dan dewasa.

No comments: