Monday, January 28, 2008



Iklan yang saya pilih adalah sebuah iklan produk minuman iaitu Coca-cola. Iklan tersebut adalah iklan melalui bentuk medium percetakan iaitu poster. Seperti kebanyakan yang umum mengetahui bahawa target khalayak bagi produk miniman ini adalah bagi golongan muda-mudi, keluarga, golongan pemain sukan, kanak-kanak, remaja dan sebagainya. Namun begitu target khusus bagi sasaran penggunaan produk minuman terbabit adalah kepada golongan remaja dan dewasa. Oleh yang demikian, bagi mengubah sasaran khalayak tersebut, saya telah mengubahnya kepada sasaran khalayak kepada hanya untuk perempuan sahaja. Justeru, saya telah mengubah bentuk rekaletak poster tersebut kepada lebih feminin agar berjaya menarik khalayak sasaran yang dikehendaki iaitu untuk kaum perempuan sahaja. Poster tersebut telah diubah reka bentuknya agar nampak lebih menonjol dengan sifat warnanya yang lebih lembut. Hal ini adalah bagi menarik perhatian golongan perempuan untuk membeli produk tersebut. Penggunaan perkataan “Only for Girl” adalah memberikan gambaran yang amat jelas bahawa produk minuman berkenaan hanyalah untuk kaum perempuan sahaja. Konsepnya lebih kurang sama dengan minuman air yang khusus untuk orang lelaki seperti air tongkat ali manakala bagi golongan perempuan pula adalah air kacip fatimah.

No comments: